Sunday, September 6, 2009

Masjlis Malam Sempena Ulang Tahun ke-60 SJAM Kawasan Muar

Tarikh: 7/11/2009 (Sabtu)
Tempat: Dewan Besar Sekolah Tinggi Chung Hwa, Muar
Masa: 7:00pm
Tujuan: Mengumpul Dana sebanyak RM200,000.00 untuk ambulans dan aktiviti SJAM Kawasan Muar

St. John Ambulans Malaysia (SJAM) Kawasan Muar telah memberi perkhidmatan pertolongan cemas dan perawatan dalam acara sukan, perayaan, perarakan, majlis besar atau kecil, malapetaka seperti banjir, kebakaran, dan sebagainya.

SJAM Kawasan Muar juga memberi sumbangan kepada masyarakat dengan perkhidmatan ambulans bukan kecemasan, perawatan dan perkhidmatan ambulans kecemasan di lebuh raya. Ahli-ahli kami, baik muda mahupun dewasa, juga turut serta dalam perkhemahan latihan, pertandingan pertolongan cemas, kursus latihan pertolongan cemas dan perawatan di rumah, seminar dan bengkel.

Menjelang ulang tahun Ke-60, semua ahli dan pegawai St. John Ambulans Malaysia bersama-sama meraikan sejarah dan tradisi khidmat mereka yang gemilang sejak 1949. Sebagai sebuah pertubuhan sukarela, SJAM Kawasn Muar sering berhadap dengan kesukaran sumber kewangan untuk menjalankan aktiviti dan memberi perkidmatan kepada orang ramai. Sebagai pertubuhan yang tidak mempunyai sumber pendapatan, St. John Ambulans bergantung penuh kepada pendermaan dan sokongan orang ramai. Dengan itu SJAM Kawasan Muar ingin menanjurkan satu Masjlis Malam Untuk Mengumpul Dana Ambulans & Aktiviti SJAM Kawasan Muar.

Kriteria-kriteria untuk menyokong SJAM Kawasan Muar dalam majlis boleh dibahagikan kepada kategori-kategori berikut:

Penderma-penderma
1. Penasihat Kehormat Majlis dan membunyikan gong (5 Keping Tiket) – menderma RM5,000 dan ke atas.
2. Penasihat Majlis dan membunyi drum (2 Keping Tiket) – menderma RM2,000 dan ke atas
3. Penaja dan mengunting riben (2 Keping Tiket) – menderma RM1,000 dan ke atas
4. “Ribbon Cutting” – menderma RM300 dan ke atas
5. Penderma untuk RM100 ke atas, nama beliau akan dicetak dalam buku program
6. Semua derma (RM100 ke atas) boleh ditolak daripada cukai pendapatan
7. Setiap tiket akan dijual dengan RM50.

Iklan Buku Program
1. Muka pertama (dalam) dan terakhir : RM500
2. Muka Penuh: RM300
3. Separuh Muka: RM200
4. ¼ Muka: RM100

Pertunjukkan Multimedia akan diadakan pada Majlis Malam di mana semua gambar penderma-penderma dan iklan akan ditayangkan melalui projektor.

No comments: